Haha..ini bukan main2 punye durian runtuh..
Bukan big sales or whatever..
ini real punya durian runtuh
Yek arr sekarang kan musim durian..
So kat umah ni dh mula berbau durian..haha..
Cerita dia bermula masa cuti sekolah yg lalu..
Masa my family dtg bercuti kat sini..
Kebetulan kat belakang rumah ni ade taman kecil..
So ada buaian n gelongsor..
So aku bw la anak2 main n disamping itu aku n kakak lepak tgk anak2 main..
Seronok betul anak2 dpt main kat taman..
Pastu terpandang la kat pokok durian nih..
Perghhhhhhhhhh………..
Banyaknya buah..ha tak caye jom tengok ni..
Aku kira2 ade arr kat 50biji..
Memang terperanjat coz sebelum ni tak perasan pun..
(takde maknanya aku nak g lepak2 kat tmn tu sorg2 wlupun belkg rumah jek)..
N durian ni lak bleh kira hak semua penduduk la coz sini quarters..
So sape cepat rezki dia la..
Entah nape tgh ahad lepas aku terasa nak petik cili (kat belakang umah la)..
Sedang aku duk petik2 tu terbau la satu bau fav aku..
Menusuk kat idung ni macm dekat sgt..
Sekali usha2 exactly next to where I stood..ade 2 biji..
Ape lagi aku bg thu en hubby n dia amik sebiji n bg kat org belakg umh sebiji..
Coz tak abis nyer kalau amik sume..
Sekali kopek..perghhhhhhhhhh…..(again)..
Isi dia memang menyengat bau..
Kuning memang macam yang aku suka..
So kira rezki la ni..
Aku makan 2 ulas jek..tak bleh nak makn byk..en hubby yg abiskan..
Jom layan gambar dia…
Fuh memang sedap arr..fresh lagi jatuh dr pokok..
Ade ke durian ni tergolong dlm Bizzare food?
Ni andrew kat astro travel n living arr cakap..
Dia ckap.."I can't stand the smell..yuks.."
Ade ke ckp cam tu..durian sedap arr..
Arini en hubby bw blik lg 4biji org kasi..
Sebbnya dah memang musim..
Aku tak mkan sgt takut panas..
Ni sikit info pasal durian:
Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yg merupakan buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk.
Nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Buah durian lain yang boleh dimakan kadangkala terdapat di pasaran tempatan di Asia Tenggara. Nama saintifik spesies lain adalah Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis.
Terdapat banyak klon durian, kesemuanya mempunyai nama bermula dengan "D" dan diikuti dengan nombor. Sebagai contoh, sebahagian klon popular adalah D24, D99, D158 dan D159 (ini adalah " Mon Thong " pelbagai). Oleh kerana durian (adalah tajuk pengkajian di sebahagian institut pertanian, jenis perdagangan diberikan D nombor untuk membezakan mereka dari "piawaian" jenis liar.
Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.
Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.
Tips makan durian:
- Jgn makan ubat lepas makan durian..n oso
- Jgn makan durian kalu bru lepas makan ubat..
- Jgn makan durian jika anda punya kencing manis n darah tinggi
- Lepas makan durian minum air dalam kulit durian untuk elakkan dari panas badan..
- N the most important message - do not 'sendawa' once u have done with the durians…kenapa? Ha try arr bru thu..
2 comments:
terliur tengok doyan nih..
kalo kat kg memang tak terlarat nak makan..
dah dok pekan ni, seme nak kena beli...
:d..tu arr speselnya duk sini..musim buah dh tak termakan..n kat quarters ni memang penuh ngn durian, rambutan,cempedak..etc..etc..
Post a Comment