Sunday, July 5, 2009

dan aku takut bila hujan...

haha..title buat suspen jek kan..
act hubby kena gigit lipan lagi..
ni dah masuk kali kedua dia digigit..
n dh kali ke 6 lipan besar ni masuk dalam umah..
kali pertama hubby kena kat perut..
kali ni kena kat peha lak..
kedua2 kejadian berlaku kat dalam bilik atas katil tgh tido..
memang scary..
kali pertama masa tu aku lom lepas pantang..
n hubby kena jam 4am..dia tak bgthu kena gigit coz dia pun 1st time so tak thu..
dah 5am dia rs panas n skit sgt perut..
tgk2 dh bengkak..ape lg g klinik injection pertama kat bahu tak kesan..
so injection kedua kat punggung bru ok..

kali ni kena kat peha..
kul 6am tadi..
bila hubby melompat ckp ade lipan aku terus lompat juga angkat aqil letak dlm buai..
dialah nyawaku..yg paling aku syg..
dulu kali pertama hubby kena gigit aku mengis kuat smbil pegg aqil taknak letak dia...
damn scared!!
n sampai 2mggu tak tido lam bilik..FOBIA!

kali ni hubby kena injection yg berlainan ..
kena inject sekeliling luka n inject ubat alahan kat tangan..
kami masih lg dlm proses tunggang langgangkan bilik cri suspek..
selalunya lipan kalau dah menggit dia takkan g mana..
seolah2 tgu terima hukuman jek arr..
n yg plg scary bila org kt bila sau jpe mesti ada satu lagi (psgn dia)..
misi mencari akan diteruskan after lunch ni..

jom layan gbr2 ni:

kali ni kena kat peha..

kesan dulu kat perut..

ha besar cam ni la lipan yg selalu naik kat umah..

History:
kali pertama: kat tgkp dapur
kedua : kat lam bilik (hubby kena gigit kat perut)
ketiga: lam bilik air
keempat: kat ruang tamu..(exactly sebelah aku tgh bring tgk tv)
kelima: sama spt keempat tp anak je
keenam: lam bilik (hubby kena kat peha semalam)

Bila lipan2 ni buat hal naik rumah:
-bila hujan
-bila org kacau tempat dia spt meracun, fogging, or berkemas..

petua :
- cepat2 amik biji asam jawa n kisar/kikiskan, bedak sejuk, bancuh n cepat2 tepekkan kat kesan gigit..n makan atau minum..n terus g klinik..

kesan2 gigtan lipan (jika lambat ke klinik):
info:
Bisa gigitan lipan boleh membawa maut kepada manusia, terutama jika mangsa gagal mendapat rawatan segera. Walaupun tidak seteruk kesan gigitan kala jengking atau patukan ular, bisa lipan jenis tertentu boleh menyebabkan mangsa koma dan meninggal dunia jika berlaku kejutan ‘anaphylaxis’ iaitu alahan atau ‘sepsis’ iaitu jangkitan kuman serius dalam darah. Ketua Koodinator (Klinikal) PTJ Trauma dan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Abdul Ali Raja Mohamed, berkata mangsa boleh mengalami kejutan anaphylaxis dalam masa 30 minit seperti gatal, berpeluh, jantung berdegup kencang, bengkak, sesak nafas, pening dan pengsan. Kesan itu berlanjutan beberapa hari hingga menyebabkan masalah pada jantung mangsa, manakala sepsis pula boleh berlaku selepas tiga atau empat hari termasuk mangsa mengalami demam yang kuat. “Kejutan anaphylaxis dan sepsis memang boleh menyebabkan mangsa maut tetapi ia boleh dikesan secara klinikal dan diubati jika segera dirawat.

memang scary..bila ty org cni diorg ckp itu bleh kata sume org pernh experience..
Shocked 1

mula2 aku menjerit n mengangis minta pindah..
aku memang geli n takut mende2 yg boleh merayap n mgigit ni..
hubby ckp sabarlah..nti dia ikhtiarkan sst..

tp sekarang aku dh cam lali...
tak tkut dh..malah klu jpe ku sendri yg bunuh!!!!

ini la semaknya duk kawasan camni..
mjur aku tak kena..
yg penting aqil..tp aku percaya malaikat melindungi anak kecil..
semalam lak hujan kuat..tu pasal dia naik..
n aku musykil..kut mana dia naik..
sesi investigasion akan diteruskan..
dan sekarang aku takut bila hujan..

10 comments:

Unknown said...

kakyong memang takut dgn lipan.. tak penah kena gigit lagi... baru ni sesi mengemas kat belakang rumah.. jumpa anak lipan.. mak aiii, takut nye.. kalo ade anak mesti la ade mak & bapa nya kan...

ni pun dok bz gak kemas-mengemas.. walaupun semakin usaha ku kemas, semakin tak kemas2 juga rumah ku... hahahah..

Jun, seberang perak tu kat belah mana?
kuarters apa? suami kerja apa? jun, kerja?

ummuabdullahsyaakir said...

Salam,dah lma tak jln2 blog ni....takutnya tgk lipan klu besar mcm tu...bisanya klu biarkn mmg blh bawa maut.
Emm cuba letk belerang kalau time hujan,sbb bintg bisa2 ni alah skit dgn belerng.

MatAhaRiKu said...

betul tu UAS..dia memang naik time ujan jek..dah tabur dh belerang kot mana2 spot yg bolehkan dia naik

MatAhaRiKu said...

kyong..sejak ada aqil ni act kemas sy buat cincai2 jek..tu la pasl tak aware sgt..

saya kat quarters FELCRa..hubby pegawai kat sini..SP sebelah changkat lada..kawasan ni pgl bdr bru seberang perak coz penempatan bru dlm pembgnan..

Unknown said...

mertua adik kakyong dok kat felcra seb perak..
sawah padi meluas saujana mata memandang...

MatAhaRiKu said...

ha betul la tu..kek situ la..

Anonymous said...

Saya pernah digigit lipan di ubun² ketika tidur pd thn 1995. Masa tu bujang lg. Lipan tu dpt saya cari n bunuh. Tp saya cuma letak minyak gamat je. Akibatnya, keesokan hari seluruh muka saya bengkak n cuma susut selps 3 hari kemudian. Lps kejadian tu saya sgt fobia dgn menatang ni sampai saya blh hidu baunya (maknanya saya blh kesan kehadirannya n cari di mana dia sembunyi). Pd thn 1996, masa anak sulung saya dlm hari, saya terbangun dr tido pd satu mlm secara tiba². Sy terus kejut wife suh bangun n angkat anak dr katil sbb saya terbau lipan. Saya bg tau wife lipan ada bwh cadar n bila singkap cadar mmg betul ada, besar lak tu. Apa lagi.. saya yg mmg geram dgn lipan pukul menatang tu sampai hancur. Kejadian lain, masa kakak saya dtg umah saya. Dia bgtau kena gigit binatang kat peha masa tgh tido. Pas tu saya terus terhidu bau lipan, saya cari n jupe lipan bara yg besar dlm kotak yg penuh dgn buku² lama. Dah jupe, apa lagi.. bunuh la. Tp sejak pindah thn 2003, lum ada jupe lagi lipan besar² mcm kat umah lama tu. Saya pun x pasti masih memiliki kebolehan menghidu bau lipan tu lagi atau tidak.

MatAhaRiKu said...

wah bagus nya Anonymous..sekurang2nya selamat anak n wife you..cam hubby i pun dia la penyelamat (:)sebab dia je yang digigit)..hai minta simpang la..sakitnya kalau kena

文章 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
做愛 said...
This comment has been removed by a blog administrator.

My follower~thanx yal~