Friday, December 26, 2008

Trimester stage

Syukur alhamdullillah dah masuk peringkat 3bulan akhir kehamilan. Mengikut info yang aku baca mgu ke 29 ni baby akan lebih kuat menendang2 perut. Itu akan menyebabkan si ibu akan cepat/mudah rasa letih. Memang itu la yang berlaku kat aku sekrg ni. Mana taknya sekrg ni ngantuk betul tapi aku tahan gak sebb tak nak tido siang. Time mngndg ni memang sush tido malm nak2 lak klu tertido siang so aku amik kptsn tak tido siang spy malm aku leh tido nyenyak. (sengsara klu tak bleh tido mlm ni). Baby aku lak kuat betl beraktiviti lam perut ni lagi la letih. Aku lak sejak mengndg tak penah muntah or alami alahan so time ni nak sakit2 tu rasa kekok la skt. Bg baby lak time ni dia dah boleh dgr perbualan dan mula belajar sifat. So aku selalu dgrkan bacaan al-Quran buat dia n slalu sembang ngn dia. Cerita serba sdkt tntg dunia luar ni n khdpn. Hrp2 sok dia lahir jd insan yang baik.












Nak dijadikan cerita lepas masuk bulan ke7 ni aku mula rasa takut. ye la sape tak takut nak melahirkan anak. Ingt seng ke. Sekrg ni bru thu susah payah mak kita nak lahirkan kita dulu. Sekrg ni kira mudah la skt sebb zaman dah maju semua kelgkapan dah ada tpi cuba bygkan zaman dulu yg tak maju teknologi ni..ha susah tau. Sedih lak bila trgt mak kita duk mgndg kita dulu so sekrg bru jd anak yg baik la confirm tak derhaka pya. Perasaan tkut tu sampai buat stress buat tu tak kena buat ni tak kena. Lps blik dr kg tgl lak 2org je ngn hubby lg la tkut. Takut jd ape2 takda org tua. So nak hilangkan rasa takut tu hubby bawa aku g shopping brg2 baby. Masa nak beli tu kelakar betul. Yek la ini anak sulung so first shoppg la. Aku ngn hubby g bhgian baby. Time beli tu aku terasa sakit perut lak..Ye la seblm beli g mkn KFC dlu dah perut dah penuh camne nak jaln. Aku yg cuak ni suh la bi beli je apa yg patut..haha dia ckp nak bli pe ni tak reti..hmm..itu le org lelaki ni nak hrp istri gak. aku cool down jab dah ok aku terus capai la. Beli brg2 basic dulu lampin, baju, towel, selimut, kelambu, pampers, bakul, mandian etc..tilam, baby seat, bakul2 dia hehehe mummy belikan..time pilih baju ya Allah perasaan masa tu hya tuhan je yg thu. Happy sgt rasa cam tak sabar nak tgk baby paki bju tu..

Dah blik rumah aku terus masukkan brg2 dalm bakul..letak siap2 kta mak kena buat camtu n bawa klu g mana2 takut kelahiran yang tak dijangka. Lepas tgk bju2 baby n smua persiapan dia lengkap perasaan tkut tu dah hilang. Sekrg asyik senyum je terbygkn baby wlpun letih selalu dtg. Im ready now. Insyallah Ready to give birth n to be a mother:)

Wednesday, December 24, 2008

Doa AKhir & Awal Tahun Buat amalan bersama

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"












DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


Note: Sila klik pada gambar untuk lebih jelas

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430

Alhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi..pejam celik..pejam celik dah nak masuk thun bru..sekejb je masa lalu..nak kata sekejab tapi sethun 365hari..klu ikut angka lama tu..macam2 kita boleh buat..tpi itu la lumrah manusia..selalu leka..cuba kita renung balik apa yang dah kita buat tahun ni dan apa yang dah kita capai tahun ni..bagi mereka2 yg dah mencapai impian bsyukurlah..bagi jun lak..byk yg dah tercapai dan banyak lagi yg belum tercapai..ape2 pun thun baru 1430 H ni akan lebih bermakna buat jun sebbnya jun akan menimang chy mata sulung dlm 2bulan ni..itu la kejb je..rs macm bru semlm pregnant pdhal dah 7bulan..tgl lg dua bulan nak melayan kerenah anak dlm perut ni:)..ape2 pun pegalamn pregnant ni sgt bermakna..sgt mencabar..thun bru ni akan lebih mencabr..jun akan tempuhi saat2 melahirkan, berpantang, nak membesarkan anak, nak mguruskan bdn:)..dan nak sambung kerja..harap2 di permudahkan la semuanya..
Sempena myambut bulan Muharram ni meh la kita byk2 ibadat di mana bulan muharram ni telah dimasukkan dlm 4bulan yg baik antara 12bulan (iaitu Zulkaidah, Zulhijjah, Muharram, Rejab)..Antara yg baik dalm bulan muharram ni ialah kita perbykkan ibadat & berbuat baik kerana pd bulan Muharram ni phl amalan akan bertambah2 drp amlan di hri biasa dan dinasihatkan jagn berbuat jhat, dosa, menzalimi kerana dosa2 yg dilakukan di bulan ini akan berlipat kali ganda drp hukuman dosa di bulan lain..dan satu lagi amaln ialah pada 10 Muharram iaitu hari Asyura maka berpuasa lah kerana puasa di hari asyura dapat diampunkan dosa2 kecil yg kita lakukan..juga di nasihatkan berpuasa pada 9, dan 11muharram spy dpt di hindari sgl yg musyrik..namun ada juga amalan yg tidak dgalakkan di hari Asyura spt berpesta atau mengadakan hari kebesaran..apa2 pun amalan yg kita lakukan hindarilah drp yg mungkar..utamakan yg wajib dan bykkan ibadat sunat..Marilah kita sama2 berdoa di tahun baru 1 Muharram 1430H pd 29hb Dec 2008 ni..semg apa yg dihajati akan terlaksana..Insyallah

Thursday, December 4, 2008

My baby stage-End of second trimester



Dalam sedar tak sedar minggu ni dah msuk mgu ke-26 pregnant..tadi aku tgk pregnancy web at http://www.pregnancy.org dia kate at this stage baby dah mula tumbuh rmbut n mula buka tutup mata..Ya Allah itu la kebesaran kuasa tuhan bayangkan la ade nyawa yg boleh melihat dri dalam perut..subhanallah..baby ni pun active jek dia kat lam perut ni gerk sna sni smpi kdg2 terjerit aku bila dia tendang mngjut n kuat...:)..aku harp sgt baby ni lahir dengan sempurna n selamt semuanya..insyallah..
ramai yang terkejut tgk gbr terbaru..ye la mana tak terkejut..badan dah cam tong drum skrg ni..tapi aku tak kesah sebbnya memng time mengndung camni la..berat akan bertambah 10-14kg itu normal..takde la smpai obesiti lak..doc pun ckp ok jek..memang la risau n tak sonok ckit ngn shape skrg ni tpi sbar jek la..krg dah siap bersalin sok ha..pandai2 la ko nak exercise kan..tak kan le nak membesar jek..skrg ni yg penting baby sihat. soal lain tu tolak tepi dulu..takut tu memng ade yek la..time cmni la byk kes suami buat hal..tapi ape pun aku tawakal n doa byk2 hrp2 hubby aku tak camtu:)..

Friday, November 7, 2008

Menara condong Teluk Intan

ha..pas penat g lepak teluk batik esoknye kitorg g teluk intan..tapi teluk intan bukan g lepak pantai tpi town dia.ade yg best kat sni..
'Menara condong'
Menara ni terletak ditgh2 bandar teluk intan..dibina dgn tujuan asal utk dijadikan tangki air bg dibekalkan kpd penduduk..ha kenapa di pgl menara condong?sebb klu korg g tgk sendri memng dia conddong n bolh buat kita pening tgk dri suatu sudut nih..condong sebb kesilapan teknikal waktu pembinaan myebbkan menara ini makin lama makin terdorng ke suatu sudut(condong)..mgkin suatu mase nti akan roboh..takde yg buat kajian bila..

pas berganbar kat menara condong ni aku bawa la derang ni pusing g shopping mall n tgk facilities yg ade kat town ni..pas shopping serba sikit kitorg balik sebb mak buyung dah tak leh jalan penat kaki ni..yek la berat dah berganda:)

Thursday, November 6, 2008

Relax2 kat Teluk Batik


baru2 ni time cuti Deepavali family akak and abg ipar dtg..mulanya satu family jek yg confirm last minute dua family dtg..fuh sarat gak tpi yg beshnyer sebb sedara dtg nak jln2 kat cni tu yg besh tu..mlm family akak dtg jumaat malm tu kitorg g openhouse kat umh bapa sedara hubby kat Manjung pastu kitorg g beli brg2 nak camping soknye..sabtu kul 8am bertolak g teluk batik..kitorg sediakan ayam perap, nasi beryani, ayam mask merah, air asam, n lain2 lg la..fuh ni betul2 picnic:)..smpi jek kat teluk batik ape lagi cri port dulu..dapt satu yg best bwh poko so teduh la..

pasg kemah dulu nak relax..hehe..mak buyung nak relax jek g sna..pas siap ape lagi mula la membakar..aduh pki portable dapur gas lambt tul..perut dah lapar..last2 pki arang gak..cepat n pantas ayam kena bakar..aku n akak kira jaga dapur la..yg lain tu dah terjun laut berenang..

dah siap makan..ape lgi relax ar..penat tu makan..aku mula2 duk fikr gak nak mandi ke tak..last2 tak jd le perut dah sebu camne nak mandi n org nasihat pregnant tak elok berendam..

duk lepak sampi petg..pas makan mandi..pas mandi makan lagi..tpi derang jek la aku lepak je..

balik malam ape lagi penat ..penat tapi enjoy sebb tgk anak2 kakak hepi jek mandi laut..si alya kecik tu tak tkut langsung tak macm abg dia takut..badn jek besar..yg teruk abah dia la kena pegang dua2 sekli...haha..abang tak dapat nak tunjuk skill berenang sebb kena pegg anak jek..bi lak..berendam sampi petang..sonok tgk bi enjoy..

Friday, October 10, 2008

Aidilfitri yg Ceria


Alhamdullillah..menyambut ari raya aidilfitri bererti berakhirnya puasa..puasa tahun ni aku dapat buat penuh..1st time ever..yek la time ni takde reason nak ponteng:)...mujur la aku takde nak alah ape2 so puasa pun ok cam biasa jek..pasal raya lak tahun ni memang lebih seronok dri tahun2 dulu..selalunya 1st raya duk melayan org datang tak berenti sampai tak boleh nak gerak g mana (sellau pun yg dtg kawan2 aku gak n bfren2 aku)..tapi thu ni dah buat strategi bru..pas sembhyg raya g kubur arwah abg n duk rumah sampai tgh jek..pastu kitorg family g beraya rumah tok and sedara mara..jalan2 sampi penat..rumah sedara yg last kitorg pegi la teruk sebbnya lepas g satu rumah nak kerumah yg lain sedara2 tu pun join sekali konvoi..ha rumah last tu teruk la nak melayan ramainye sedara dtg..tapi ape pun best ar..dpat makan dapt jpe sedra..kate org time ni la nak berjumpa coz kita cuti bukan sama ye tak..so 2nd raya kitorg buat makan2 tuk sedara mara yg nak dtg..bru la duk rumah lak melayan sedara mara..aku time tu skip la sebb g ikut hubby beraya sedara sebelah dia lak..to be fair kan..3rd raya aku lak buat kenduri sikit buat nasi daging tuk kawan2 yg setia sampi skrg..dpat la sembg pjg n bercerita psl diri masg2 klu time 1st raye sure tak dpt nak sembang sgt coz ramai yg dtg..4th raya kakak pulak buat mkn2 kat rumah dia n kitorg g beraya rumah sedara sebelah hubby dia..memang full la schedule raya tahun ni..5th raya..hehe takde lagi..dah blik rumah..otw blik tu singgah kat rumah bestfren hubby..jalan punya sesak..ya Allah macam semut..penat tak thu nak ckp la..siap smpi rumah abg ipar lak dtg dr KL..fiuh mujur la sempat mask cikit tuk diorg..gitu la critanya raye thun ni..

Wednesday, September 24, 2008

My new blog page

Alhamdullillah..akhirnya aku terjebak juga dengan dunia blog ni..bukan ape saje nak luangkan masa depan laptop aku yg tersayng ni..lagi pulak aku seronok klu dapat share story ngn org n hopefully ade le yg sudi bagi comment2 yg membangun..setgh org tak suka share life derang tapi aku ok jek..setakat cerita2 yg biasa jek..takde la sampai nak kena tahan ISA haha..itu aku taknak terjebak k..kita hidup ni kena selalu berfikir n berkongsi cerita bru kita dapt maju kedepan(dengn bantuan idea bernas dari blogger2 semua la)..setakat ni the best blog i ever read is www.chedet.com le hihi..try le..u may get interest on it..
Aku sejak berenti keje ngn Lantec ni le keje aku..mengadap laptop ni mencari idea ape yg aku boleh buat..sementara nak masuk keje ni..and something new about me aku sekarg dah 4bulan pregnant. Nti aku masukkan cerita dalm next blog about my baby..thats all for start. Will update you later..da..

My follower~thanx yal~