Saturday, August 22, 2009

ku bersahur panadol di hari pertama ..

ha orang sahur nasi ku sahur panadol lak ek..
tak tahu le pening semacam kepala..
act bab pening semacam ni dah dari tgh semalam..
pelan2 ku usaha bangun buat keje..
semalam hubby g terawih jenuh ku melayan aqil dengan segala gejala pening nih..
sebelum tidur sempat ku masakkan sup ayam..

dah kul 4.30am ku tak leh nak bgun pening..
berat semacam kepala ni..
cam berpusing pun da..
nak kata tak cukup tidur tu biasa dengan adanya si kecil aqil nih..
jd ku minta en hubby panas lauk n makan sendri..
tapi at last ku bangun juga sebab en hubby buatkan nestum suh aku makan juga takut nanti sakit nak puasa..
dah bgun ku makn juga roti n ku telan la panadol coz tak tahan pening tu..
sekali dah makan panadol siap sakit perut n loya nak muntah..
ku sempat mentelaah kejap lam toilet sementara loya tu nak ilang..

hai macam2 hal yg tak dijangka nih..
mujur pagi ni bangun dah ok..
hehe..sekarang nak g shopping jap..
takut tak dan nanti..
sok nak kemas umah lak..
nak cat umah dalam n luar..
weekend schedule dah penuh nih Smile

tgu hubby g service kete lu..

Wednesday, August 19, 2009

jom hiasi rumah..



jom tengok perhiasan rumah..
boleh layan cucpi mata..
kalau berkenan boleh di 'arrange'kan..
price sangat murah n competable..
tak caye leh YM jun tuk pertanyaan n further details info eija_1805@yahoo.com
stock available..
pls do not hesitate to ask (negotiation is absolutely available)

enjoy viewing k ...SmileyCentral.com

Monday, August 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


tinggal beberapa hari je lagi kita akan ke bulan ramadhan..
bulan yang di tunggu-tunggu setiap tahun..
ramadhan bulan yang penuh dengan ujian buat kita..
puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga..
ku nak ambil kesempatan ini nak mendidik diri agar lebih berdisiplin..

tahun lepas ku dapat berpuasa penuh..
masa tu ku mengandungkan aqil..
tahun ni insyallah penuh..(tolak yg tak boleh puasa la ek)
tapi tahun ni susah sikit nak terawih..
kena la en hubby bergilir-gilir g terawih masjid n rumah..
ku dapat buat di rumah je la dengan adanya si kecil aqil..

persediaan nak puasa..
ku ready jek..
bab berbuka ku tak kesah sangat sebab bulan puasa n raya en hubby banyak function so ku tak payah masak sangat..

persediaan nak raya..
haha..baju raya dah siap tempah..(sponsored by my sis..:))
aqil dah kubelikan sepasang jek baru..
insyallah ku dah berkenan satu baju nak g beli..
en hubby belum beli lagi..
kuih raya tak tahu lagi nak buat ke tak..
tengok mood la..
sebab my sis dah jd tauke kuih raya so tak worry sangat..

tahun ni tak tahu lagi nak beraya mana..
ikut aku memang nak kat umah mak je..
happening n sonok..
(bukan kat umah hubby tak sonok tp beraya kat KL ni erm..paham2 sendri la ek)..
tak tahu la ikut en hubby je..aku ok jek..

~SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK~
SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH WAJIB INI DENGAN PENUH KEBERKATAN


~kehilangan~

korang penah tak kehilangan ahli keluarga sendri..
ku telah lalui detik perit ini pada tahun 2007, feb..
saat itu ku masih mencari keje di KL..
suatu pagi ku mndapat panggilan tel dr kakak..
dengan teresak2 dia mengatakan abang long telah tiada..
berderau darah ku..ku terus tanya..
bila dan macamana?..
apa yg ada dalam fikiran ku ketika itu amat berkecamuk..
ye la pada usia 35 tahun dia pergi meninggalkan kami..
setelah 3hari berlalu hari lahirnya..

tak fikir panjang ku terus panggil adikku yg berada ditempat keje..
ku terus packing n balik..
hubby(tunangku ketika itu) pecut sampai 130-140kmj..
ku dh tak fikir pjg..ku biar je hubby pecut..
dalam perjalanan kami tak seorang pun menitiskan air mata..
pada aku..aku harus tabah coz ku thu ku perlu berhadapan dengan mak yg pastinya lemah seluruh tubuh..
ku simpan air mata itu..
sampai di rumah setelah 4jam drive dr KL..
arwah belum dibawa pulang..
ku terus jumpa mak n peluk minta dia sabar..
mak memang terlalu sayangkan abang long..
dia asyik mengalirkan air mata..
ku lihat sedara mara sume merah je mata..
ku ckp dengn hatiku supy bersabar kerana kita akan menyiksa mayat kalau menangis dihadapannya..
mak ketika itu tak mampu berbuat apa lagi..
hanya terduduk menunggu arwah pulang..

sesampainya arwah kerumah..
kami begitu sayu dan terharu melihat wajah arwah..
wajah yang begitu tenang dan seperti tersenyum dalam lena..
yang pastinya tubuh kaku itu tidak lagi mampu menyatakan isi hati..
ketika itu hanya dalam fikiran ku berkata..
syukurlah..Allah lebih sayangkan dia..

ku ingin sekali mengambil gambarnya ketika itu tapi dihalang kata orang tak elok diambil wajah orang yg telah tiada..
ku terkilan sebab tak dpat bacakan yasin buat arwah ketika itu..
setelah siap arwah dimandikan dan dikapankan..
kami sekeluarga diminta untuk melihatnya buat kali terakhir..
ku memang takut melihat kematian apa lagi berhadapan dengan situasi ini..
tapi dengan arwah langsung tak ada perasaan itu..
ku sempat mencium arwah..
saat ini ketabahan amat ku perlukan supaya tidak menitiskan airmata ketika mencium arwah..
ada yg berkata padaku kagum dengan ketabahanku kerana tidak menangis di situasi ini..
tapi apa yg bergolak dalam hati hanya tuhan saja yang tahu..

segalanya telah berlalu namun ku masih tidak menangisi pemergiannya..
sehinggalah setahun berlalu dan ku tak mampu lagi lalu ku menangis sepuas2 hati..
ku terlalu menangisi pemergian arwah ketika kumengandungkan aqil..
kerna pemergiannya amat tidak disangka..
dia ibarat tunggak dlam perjuangan keluarga kami..
sikapnya yang berubah menjadi pendiam langsung tidak kami jangka itu adlh petanda..
paling terkilan kami tidak mampu menhubungi apatah lagi mencari bekas isteri arwah yg berada di Kelantan..
arwah pernah ke sana sendiri dan ingin bertemu anaknya sebelum dia meninggal namun tidak dibenarkan ahli keluarga bekas isterinya..kesian arwah..
dan kami tidak punya gambar kenangan bersama arwah kerana setiap kali kami ingin bergambar mesti arwah tak ada..
kerana sebelumnya selalu diberi alasan "nanti la"..
atau "esok masih ada waktu.."

satu pengajaran buat ku..(dan yg pastinya buat semua yg melalui)..
hargailah setiap insan itu selagi hayatnya masih ada..
kerana ajal maut di tangan tuhan dan kita tidak mampu tahu bilakah saat itu akan tiba..
dan ketika satu tubuh telah kaku kita tidak mampu berbuat apa lagi..
tiada lagi esok untuk dia ketika itu..

"Orang yang akan mati akan merenung seseorang dengan renungan yang amat tajam dan dalam..kerana ketika itu dia bukan sekadar melihat saat itu malah dia sedang melihat masa depan seseorang itu namun dia tidak punya kesempatan untuk menyatakan apa yang dilihatnya pada insan itu"



Sunday, August 16, 2009

ahad yang busan..

nape lak busan ..
camne tak busan en hubby ada function..
tu lah keje cik hubby..klu tak meeting..function..klu tak function..meeting..
aqil lak tido dr tadi(bila aqil tak tido marah..???)..
so ape lagi..blogwalking la..sempat arr meroyan kat blog rakan2..

petang ni plan nak g umah jiran sebelah melawat dia..
(jiranku yg bru kehilngn anak yg dikandung 8bulan)..
dia baru balik semalam..
n nak ke rumah jiran belakang rumah..(haha tawaf rumah jiran)
nak bincang pasal nak g esok..
act im going into something..
tp ku pun tak sure sebabnya im not ready (maybe lack of interest)..
tp en hubby ckp pergi la..peluang yg bagus nak grab at the moment..
huhu..bagus ke aku tak tau..takleh nak pikir..
boleh ke ku buat sesuatu yg diajukan oleh org lain?
coz ku selalu buat ape yg ku nak je..
otak ckp "try arr dulu"..
hati ckp "taknak la"..
p/s: jgn terkejut..hati dan otakku selalu bertelagah..

alamak dah dekat 5.30pm ni..
aqil tak bgun lagi..
erm tgu la aqil bgun..

alahai si kecik ni tido pulak....

Thursday, August 13, 2009

Macamana nak kurangkan keguguran rambut?

Korang pernah tak alami rambut gugur?..

Dulu kalau sebelum mengandung memang rambut ku banyak gugur..

Kalau kat rumah menyapu penuh dengan sampah rambut..

Tp seigt2 kejadian ini berkurangan sejak mengandung tp sekarang dah mula balik dah gejala ni..

Bukan pe ku rasa cam teruk sebab dalam rumah bersepah rambut sana sini..

Kalau disisip pakai tangan ada la secekak rambutku gugur..

Memang la rambut gugur tu normal tp ku rs cam teruk sgt..

Dah macam2 syampu dh gune..ku ambil sume yg anti hair fall..

Tapi tetap gak gugur..korang ade tak idea or petua nak kurangkan rambut gugur ni..?


ade ku surf pasal ni byk yg ckp pakai minyak kelapa dara memang berkesan..

ade juga yg bg petua guna santan kelapa..


ku belum mencuba tapi ade tak kawan2 yg ade idea lain or petua atas ni betul2 berkesan..


Info mengenai rambut:

"

Pertumbuhan rambut yang normal?

Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa.

  • Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 - 6 tahun
  • Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
  • Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 - 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya

Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun.

Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari?

Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat.

Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari.

Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?

Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku:

  • Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti:
    • Sakit yang serius
    • Pembedahan besar
    • Selepas bersalin

Ia berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.

rambut gugur

Rambut gugur


  • Masalah hormon
    • Penyakit kelenjar tiroid

  • Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
  • Kesan sampingan ubatan seperti
    • Ubat Antikogulasi (warfarin)
    • Ubat merawat kanser (kemoterapi)
    • Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral)
    • Ubat anti-kemurungan

  • Alopecia Androgenik
    • Botak mengikut corak lelaki adalah:
      • Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan
      • Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan
      • Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala

    • Botak mengikut corak wanita:
      • Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/keturunan
      • Rambut menjadi semakin nipis di seluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala

  • Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah:
    • Jangkitan - jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
      • Keguguran rambut berlaku tidak sekata

    • Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri
      • Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak
      • Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis)
      • Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis)

    • Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka
      • Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki
      • Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan

Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?

Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

  • Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula
  • Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu dilakukan untuk rawatan
  • Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat
  • Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi
    • Contohnya, minoxidil dalam bentuk topikal 2% dan 5% dapat memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita
    • Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki

  • Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania

"

haha..rupa-rupanya serius juga rambut gugur ni...tapi ku rasa ku tak de la mende2 diatas ni..cuma mungkin effect ubat je kot..


ape2 la..so camne kawan2 ade idea?tolong la selamatkan rambut2 ku dri berguguran..haha(ku dh tak thn tgk rambut bersepah kat rumah)


Projek membuang lemak and back to shape! Part IV-Finale

Rollsampai la ke bulan terakhir projek membuang lemakku..
target ku nak kembalikan berat sebelum mengandung tp ternyata agak sukar..
namun masih dikira bertuah sebab ku jenis yang mudah naik berat n mudah turun..
caranya senang je..kuat makan naik la berat..kurang makan turun la beratnya..
apepun ku tetap menjaga kesihatan kerana tu lagi penting coz ku yg menguruskan keluarga so kalau tak sihat camne nak jaga aqil n abahnye ..
n menjaga aqil juga membantu ku dalam projek nih..

ku nak bongkarkan berapa beratku sebelum melahirkan aqil..
jom kita tengok gbr nih..

aku sebelum mengandung

suprise!!!!

ha cuba teka berapa beratku waktu ini..
ni gambar masa ku hampir nak melahirkan aqil..
9month + (aqil over due date 5hari)..
teka jangan tak teka..
(kalau buat contest teka berat pun ok nih..haha)..
ku seberat 80kg sebelum melahirkan aqil..
dan kini setelah 5bulan melahirkan (4bulan menjaga pemakanan)

...
...
..

RESULTS:

APRIL- LOST 15KG

MEI-LOST 3KG(tak puashati sbnrnya nak 5kg)

JUN- LOST 4KG (ALHAMDULLILLAH)

JULAI- LOST 2KG (TAK MENCAPAI TARGET TP ALHAMDULILLAH)

AUG- LOST 2.6KG


Jumlah keseluruhan = 26.6kg in 5months


ni la hasilnya..

beratku kini 53.4kg dengan ketinggian 153cm..
wpun tak mencapai targetku 52kg..
namun ku berpuas hati juga..Clapping Hands


p/s: wpun ku berpuas hati dengan kejayaanku ini namun ku masih bersedih dengan kegagalanku nak menyusukan aqil..

bukan nak show off tapi saje je mngisi ruangan n3 blog nih..heheh

aqil dah 5bulan..

arini aqil g check up for 5th mth..
macam biasa juga la timbang berat n check improvement dia..
berat aqil sekarang 8.2kg...
perkembangan dia..

- dah boleh meniarap n mula angkat badan untuk capai barang
- dah boleh pegang barang n yg pastinya bawa masuk mulut
- peka pada bunyi (n ku ambil kesempatan bg dia tgk tv bila ku nak buat keje, aqil layan cartoon n iklan dia plg suka iklan rebina haha..)
- lebih suke berdiri n melompat (yg pastinya ku letih layan aktiviti ni)
- suke nak mamam/mengigit so ku belikan dia teether tuk layan aktiviti yg nih
- n aktiviti baru yg ku tak berapa suka...tgk arr gbr bawah ni..

ha..ape lagi isap jari n siap jari kaki lagi tu..

ku suke dengan perkembangan aqil yg suke menilai..
kalau dia dapat sesuatu cthnya mainan/tgn aku dia akan tengok n kaji..
kaji punya kaji at last bawa masuk mulut..
haha..dh pegang nak rs pula ya..

n sempena 5 bulan juga aqil kena cucuk td..
injection tuk 5bulan ada hep B, hiperik, OPV..
macam biasa aqil akan nangis bila ku cuba pegang dia spy dia stay n ready tuk injection tu..
ape lagi mengamuk la..dia tak suka kena paksa,.
nurse ckp bg duduk macam time nenen..
mane la aqil biasa sebb dia minum susu Formula..
malu juga ku nak bgth ku tak menyusu aqil tapi nak wat camne kan..
so ku pegang juga wpun aqil meronta2 n ku suh nurse tu cepat inject je...
dah siap ku bgn dukung n that's it aqil diam..
aqil..aqil..

sekejab je..pejam celik ..pejam celik..dah 5 bulan..
sayang anak ummi..

Monday, August 10, 2009

balik kampung hubby pula

balik kg lagi..tp kali ni kg hubby lak kat kerinchi..
hubby nak relax2 jab lari dr kesibukan kerja..
lansung tak plan..tiba2 jek malam jumaat tu hubby ckp nak balik..
kebetulan aqil pun belum jumpa sedara sebelh hubby ..
ye la dulu masa aku bersalin diorg dapat jumpa umminya je sebab aqil stay kat nicu 5ari..
pastu lak hubby asyik sibuk kerja ngn outstationnya lagi..

sampai KL malam sabtu tu pukul 9pm stay kat umah abg hubby..
3jam perjalanan je dr rumah so tak la penat sgt..

sabtu..
kebetulan pula shabt karibku selamat melahirkan baby girl dia kat hospital serdang..
ku seronok sgt dpt melawat dia sebelum dia balik berpantang di kelantan..
tp syg dia tak dapat nak jumpe aqil sebab ku tinggalkan aqil n hubby..
tak berani nak bw masuk spital dengan segala gejala H1N1 melanda..
lagipun budak bawah 12thun memang tak leh masuk dah sekarang..

ni dia si comel firas damia..

comel sangat..geramnya.....

ha ni lak aunty aizam..juga shabatku dr sek men lg..thanx aunt aizam kasi aqil present :d

pas g spital terus balik umah ibu kat kerinchi..
alhamdulillah sume ade kat umah..
dapat la sembang puas2..
aqil lak baik jek dia duk main2..
langsung tak buat perangai..
yek arr aqil memang suke kalau ramai2..
kalau kat umah dia punya 'merap' boleh bagi A..

ahad...
mulanya abg hubby ajak g waterfall tp dengan keadaan hubby yg tersalah urat (kot) sakit pinggang nak bgun/duduk susah n juga kak ipar yg tgh mengandung so kitorg decide g jalan2 jek arr..
teringat kat putrajaya ada pesta flora so lepak jek arr kat sna..
jom layan gambar2 kat sana..



ku terkilan sebab terlupa bawa stroller aqil..sebab pegi naik keta abg hubby jd lupa nak bw..
akibatnya kena la bergilir2 dukung..haha..len kali dah thu nak berjalan sume tu kena la igt..

bertolak balik kul 8pm sampai rumah 11pm..
ku terus kemas barang n tido..
ngantuk tak bleh tahan..
aqil pun tido sampai pg bru bgn minum..

happy sgt dpt selesaikan hutang (hutang janji nak bw aqil balik KL)..
walaupun cuti yang sekejap tapi happy sangat..

bukan hubby tak nak sambung cuti sampai isnin ke selasa tapi hakikatnya hubby kena g cameron harini..

My follower~thanx yal~