Tuesday, June 30, 2009

Berbudi bahasa amalan MULIA

Sesuatu buat pembacaan semua..

Marilah sama-sama mempertingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala larangannya, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang sentiasa bertakwa.

Pepatah melayu ada menyebutkan:"Orang berbudi kita berbahsa ,orang memberi kita merasa" cukup sinonim dan sering digunakan dalam masyarakat kita. Ia mempercayai maksud yang tersurat, malah menjadi pedoman kepada generasi masa kini dan akan datang, agar benar-benar memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jika ia tidak diamalkan, maka runtuhlah budaya, runtuhlah bangsa.

Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya orang muda menghormati orang tua, anak menghormati ibu bapa, murid menghormati guru. Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi oranga muda. Firman allah s.w.t:

"Dan mereka diberi petunjuk (di dunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji". (Al-Hajh ayat 24)

Dewasa ini terdapat di kalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai budaya bahasa. Ini disebabkan oleh tuntutan mengajar kebendaan, pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni. Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.

Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan dendam, kasar, tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk, tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan. Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat, terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam ke timur yang akhirnya mempengaruhi imej, watak dan penampilan diri seseorang. Islam mengajar manusia sentiasa berbudi bahasa dan berlemah-lembut seperti yang disebutkan di dalam firman allah s.w.t:

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah ruah) daripada allah (kepadamu wahai muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabatmu). Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada engkau...."(Ali-Imran ayat 159)

Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi. Setiap tuturkata akan menggambarkan perilaku seseorang itu, jika baik tutur katanya, maka akhlak dan perilakunya juga baik, sebaliknya jika buruk tutur katanya maka buruklah akhlaknya seperti kata-kata syair:

"Tegak rumah kerana sendi,

Rosak sendi rumah binasa,

Tegak bangsa kerana budi,

Rosak budi runtuhlah bangsa".

Islam dengan jelas mengingatkan tahap ketinggian iman dengan budi pekerti luhur. Di dalam beberapa hadis rasulullah s.a.w ada menyebutkan: bahawa mereka yang terbaik budi pekertinya adalah merupakan hamba yang paling dicintai Allah, mukminin yang paling sempurna imannya dan paling dekat dengan rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak. Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"sesungguhnya orang-orang pilihan di kalangan kamu ialah yang paling indah budi pekertinya dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik terhadap isterinya". (Riwayat At-Tarmizi)

Rasulullah s.a.w menganjur supaya seorang yang beriman selalu menguasai lisannya (lidahnya) dan membiasakan diam jika diam itu ada faedahnya. Hadis rasulullah s.a.w:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah berkata dengan perkataan yang baik, atau hendaklah ia diam". (RIwayat al-bahari)

"Bahasa melambangkan bangsa". Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik. Kita hendaklah membudayakan budi bahasa samada ditempat kerja, jalan raya, rumah dan masjid. Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir, melahirkan perasaan, pertuturan dan perlakuan. Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang menetap dan berkesan.

Jika suasana ini dapat diwujudkan, maka kemesraan akan wujud, saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.

Kesimpulannya, untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat pada setiap masa, maka marilah sekalian umat supaya dapat memainkan peranan masing-masing. Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjolkan sikap yang terbaik ketika mana ia berkomunikasi dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menyamai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.

Peranan media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan budi bahasa yang unggul dan membanggakan. Ini boleh direalisasikan dengan penyebaran drama-drama television yang berkualiti dari segi penggunaan bahasa yang baik, jalan cerita yang menampilkan kehebatan nila-nilai murni yang tinggi, di samping tidak menyiarkan iklan-iklan yang menjolok mata dan menggunakan bahasa yang tidak sopan. Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.

Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam komunikasi, ucapan, pertuturan, panggilan, pergaulan dan perlakuan samada dalam keluarga, masyarakat, mahu pun di tempat kerja.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang bersikap takbur, lagi membanggakan diri".

Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera. Justeru kami pohon kehadratmu ya-Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Amin.

Tuesday, June 23, 2009

menyepi..

bukan takde story tapi berehat jab..
cewah..tak habis2 dengan berehat..
sejak 2-3 ari ni aqil kuat betul meragam..
asyik nak kena ada depan mata dia jek..
asal bangun ja dia nangis..hilang kejab jek nangis..
hai sampai naik pening kepala..
nak masak tgh terpaksa la tgl biar jek dia nangis..
nak buat keje kena tunggu hubby balik dulu n mta tlg dia main ngn aqil brulah aku bleh bgn buat keje...
puas aku fikir nak buat macamana..
adus...pening kepala ni..
nak kata sakit tapi bila aku duduk jek ngn dia ok jek..
siap berlawan2 sembang ha dengan aku..
malam pula dah 3malam dia asyik terjaga 2jam sekali minta minum..
Feeling Bluehaaaaaa..........loteh mak..
awal pagi lagi dia dh bgn..pastu tak nak tido..
kalau tido pun nak aku temankan n peluk dia..
paling lama 30minit jek stp kli tido..
herm..letih..letih..

habis aku belek2 badan dia kot2 sakit ke..
dah tu terjumpa la biji2 ni kat kaki dia..


3 di kaki kanan n 1 di kaki kiri..
erm..nape aku tak thu..
nak kata nyamuk tak mungkin..
tk npk pun nyamuk terbang2..
nak kata panas..ha dah habis tak berbaju tgl lampin jek..
erm biji ni pulak siap benjol lagi..
aku dah sapu krim..tgk ape result dlm sehari ni..
n begitu juga aku amik keputusan (sebenarnya memang ini la jawapannya) utk berehat sekejab dri ber'internet' nih..


Thursday, June 18, 2009

menstrual..period..haid..

Menstrual..period..haid..
suma sama ja..
keadaan ni semua wanita pun penah experience..dan experience ni berbeza2 mengikut sistem badan seseorang..
bagi pengalaman aku..kedatangan haid selalu diusuli dengan senggugut yg amat dasat..
sampai terguling2 n MC off course..
klu takde menstrual pill panadol pun akan aku telan demi menahan sakitnya senggugut aku..
kira2 11buln jg la aku merdeka tanpa period ni waktu mngndungkan aqil..
tp lepas jek pantang period ni dtg lagi..
tp tak la seteruk dulu..
n aku hrp ia tak berulang lg..
n yg paling biasa akan berlaku ialah gangguan emosi sebab berlaku perubahan hormon dan keluarnya darah dari badan..
time ni la nak beremosi2 ni..ade jek yg tak kena..
time ni org lain akan sush esp hubby la..
salah hormon ke salah diri melayan sgt perasaan nih..Crying 1

petua untuk mengelakkan sakit senggugut ini menjadi kronik ialah berpantang/mengelakkan beberapa perkara dalm jngka masa semggu sebelum period n sehingga la period berakhir:
- minuman sejuk/ais esp air berkarbonat
- makanan pedas
- sayur2 yg dikatakan 'angin' spt kobis

petua yg baik dilakukan bila nak dtg haid n sepanjang haid ialah:
- air panas/suam
- makan makanan panas cthnya banyakkan halia dalam masakan
- makan makanan berkhasiat serta banyakkan buah bagi membantu pembentukkan semula darah

sedikit info untuk yang ingin mengetahui secara detail tentang haid:

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.


Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.


Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan.


Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.


Oleh Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup


Wednesday, June 17, 2009

dah susah+bengang+kecewa..

ni bukan cerita provok tapi ini reality yg berlaku..
tgh ni bad mood buat hubby..
sebbnya dah la dia dpt thu dia di blacklist dr keluar negara coz ada hutang dengn PTPTN ditambah pula dengan layanan yg 'baik' dr staf2 PTPTN-KWSP-UPM..

pertama..
hubby call PTPTN nak langsaikan hutang dia (hubby pjm 2sem jek) melalui KWSP n si staff PTPTN ni byk crita pjg lebar suh dia isi borang semakan baki n serahkan pd diorg padahal boleh semak online jek..
pastu dah dia tya suma maklumat hubby sampai la part no matrik..
bila si staff check no matrik dia dpt thu yg hubby dah habis bljar lama dia pun ckp "ape la cik cakap putar belit nape tak ckp dh hbis belajar" coz dia igt hubby bru hbis belajr..
hubby ckp pd si staff - klu dh fres grad takde maknanya nak cita psl KWSP nih..
aduhai memang hubby panas jek..

kedua..
hubby call KWSP cita benda yg sma..
ni satu hal si staff minta hubby serahkan surat pengesahan pelajar..
hubby ckp kan dh transkrip ada..
tp diorg nak juga klu tak..tak bleh kuarkan duit..
kan dah semak namanya tu..

ketiga..
hubby call UPM cita benda yg sama n minta surat pengesahan tp staff UPM keep passing 1 person to another smpi kat 3rd person staff ni nak pass ke satu org lg n hubby pun ckp kat staff tu klu camni dia akan buat report psl lynan keep passing ni..
bru la si staff ni layan hubby..

memang begini la layanan yg diberikan oleh pihak tersebut dan selalunya begini..
kemana hilang budaya bahasa kita yg diwar-warkan..
or maybe it's just a bad day!!Grrr

disebabkan dengan isu hubby ni aku pun check aku punya statement..
dan setelah dikira2 hutang aku bertambah sebanyak rm2075.00 sejak 12/2006 ~ 6/2009..
cost ni adalah antra cost2 yg dicharge oleh PTPTN iaitu:

i. admin charge = rm65/mth (0.2% x jumlah pinjamanku 28k)
ii. cost semakan awal n akhir thun = rm120/yr
iii. lawyer charge = rm50/yr n rm10/issued letter, lawyer charge ni berbeza coz hubby dicharge rm200
n lump sump hutang aku dh 30k ++..

n apa yg aku boleh kata..klu aku byr rm100/mth meaning aku cuma bayar rm35 hutang aku while the rest byr admin charge yg dikenakan PTPTN..
dan seperti ulasan rakanku musyam kerajaan telah memohon PTPTN untuk mengurangkan interest charge..
tp hingga kini charge ini terus..dan terus dikenakan..Kicking Dirt

sendiri fikir : tu la dulu masa nak pinjam tak fikir dulu n main sain jek contract yg berhelai2 tu..
sendiri fikir juga: dah nak sambung belajar mesti arr sanggup pinjam..

so kepda peminjam PTPTN aku nasihatkan cepat2 la bertindak n do something sebelum serabut kepala bertambah serabut..
as for me aku apply surat penangguhan for temporary security..
act aku dh thu psl admin charge ni dulu lg..nape aku buat tak thu jek masa tu..Thinking

Monday, June 15, 2009

Projek membuang lemak and back to shape! Part II


ha ape yg ceria sangat ni..
hehe sempena aqil dah genap 3 bulan beerti aku pun bulan ke 3 dalam Projek membuang lemak and back to shape! ku..
semalam hubby cuba teka dengan satu figure ni n normallay dia takkan silap..
coz hubby ni mata dia cam ada calculator tgk jek boleh teka..
so aku dengan bangga nak cakap hubby silap teka telah membuat satu bet..
coz hubby dah tanya klu dia betul nak bg ape..
sebnrnya ada yg dia target tu..aku tahu dah n terus berkata..
kalau dia betul aku akan jaga aqil siang n malam for 1week (coz selalunya bila malam hubby akan take turn sampai aqil tido)..
hubby dengan sikit kecewa kata "alah..itu jek?"
hahaha..dan disebabkan dah terdeclare macam tu maka bermula lah janji itu hari ini..
coz SMILE!!!!!!!!!..aku lost 4kg lagi haha..
memang tere la hubby..dia teka berat aku dah 5*kg dan terbukti hari ini..
tabek arr kat hubby..haha figure ni dah semakin hampir dengan ms farhana..
haha ms farhana u watch out arr...

RESULTS:
APRIL- LOST 15KG
MEI-LOST 3KG(tak puashati sbnrnya nak 5kg)
JUN- LOST 4KG (ALHAMDULLILLAH)
JULAI- COMING POST
AUG- COMING POST

Tahniah! Tahniah! Tahniah! tuk diri sendiri

aqil 3 bulan..

Semalam 14/6/09 genap umur aqil 3bulan dan hari ini aqil menerima lagi 3 serangkai (2nd injection)..
seperti biasa aqil memang seorang yg steady kerana dia tak herankan injection tu..
apa yg terjadi..dia mengamuk nak tido..
coz dia dh ttido pun sebelum nak injection tu..
jadi aku kena kejutkan dia n ape lagi mengamuk la bila nurse paksa dia minum ubat sebelum injection tu..
dengan renungan dan 'sebek' yg aku kenal sgt (maksudnya "aqil tak suka nurse tu buat camtu..paksa2 aqil..")
aku pun pujuk la anak kesayanganku dengan berkta "kejab ya sayang..nanti ummi pesan dengan nurse tu jgn buat macm tu lg"

aqil yang sihat dengan rekod yang baru hari ini : alhamdulillah..
wt: 6.6kg
ht: 61cm
minum: 6oz stp 4jam(siang), 5oz stp 4jam(malam )

History: buat yg baru mengikuti..

Name: Muhammad Aqil Iskandar b. Mohd Fairus
DOB: 14 March 2009
Time: 9.18am
Venue: Hospital Besar Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Wt: 3.38kg
ht: 54cm
head : 38cm


Sunday, June 14, 2009

lawak sunday..

tatkala aku dengan aqil bergurau senda..
"Jeng..jeng..jeng.."
"Jeng..jeng..jeng.."
"Jeng..jeng..jeng.."
aku buatkan aqil dengan gaya bermain guitar ala2 rock star..
huahaha..huahaha..huahaha..
aku tak dapat menahan kelakar tgk kecomelan babyku sayang..
bila aqil tgk aku gelak terbahak..aqil pun layan gelak sama..
hubby yg tgh duk meng-download movie tiba2 berkata..
"ummi nak main satu game ni tak..nama game ni game J.."
aku cakap "boleh jek"..

hubby: k..game ni senang je..game sambung2 ayat..tp semua ayat mesti mula hufuf J..ok abang mla dulu..'Joyah Jongang Jumpa Jerry'..ha sambung arr..

aku: alamak..susahnya kenapa J jek..camna nak buat ayat..Jerry..Jembalang..Jenglot..ape ek..

hubby: eh mana boleh hentam2 kena buat ayat..cepat arr senang jek..fikir arr..

aku: ahh tak reti la..J betul la game ni..(dengan ada sedikit syak..ni mesti dia ada jwpan tsendri ni)

hubby: ok arr surrender dah..(ala2 mohd anak sedaraku yg suka kata macm ni bila nak kenakan org)

aku: aah..k bi try arr sambung..

hubby: Jeng..Jeng..Jeng..jeng..Jeng..jeng..(sambil gelakkan aku..tak syak lagi aku dh terkena)

aku: dengan saki baki lawak aqil td tak habis lg terus tergelak lawak abah aqil yg mengambil idea dri aku n aqil td..memang nak pecah perut gelak..sampai aqil naik heran..ape la ummi n abah gelakkan ni..

aqil's foot print..

dah siap kemas umah n basuh bju..
ya..its sunday time..
sebenarnya tak plan g mana pun coz hubby bru dpt berehat harini..
semalam 1 full day dia kat luar..

so aku trgt nak buat hand n foot print tuk aqil..
sebenarnya nak buat dh lama cuma duk tangguh2..
arini dapat amik foot print aqil jek..
hand print tak dpt coz aqil asyik genggam jer jari2 dia..
habis tgn dia merah kena cop..
so ini lah tapak kaki hero ku yg tersayang..

aqil dah 3 bulan

Saturday, June 13, 2009

giving for life..


Hari ni hubby ada sambutan hari keluarga kat sini..
dia ckap ada mobile clinic buat free check up..
so hubby tak lepaskan peluang derma darah lagi..
dia memang suka derma darah..
boleh katakan sethun 2kli..
sampai kad daftar derma darah dia nak penuh..
banyak pekdahnya derma darah ni..
selain dapat menyumbang kepada yang memerlukan ia juga dpat membantu sistem badan untuk membentuk sel2 darah baru yg baik untuk kesihatan..
secara tak langsung juga darah kita akan dikesan untuk lain2 penyakit yg mungkin ada dan kita tak sedar..

tu hubby tgh rehat jab pasni kena pergi blik coz ada lg meeting ngn chairman pasni..
memang arr dah derma drh memang arr kena bdn akn lemah..
dan kita kena rehat/tido untuk gain energy blik..

bila dengar dia derma darah aku dengan excitednya minta dengan hubby nak g derma juga..
sebb dri dulu lagi aku teringin sgt derma drh..
at least once for life..
hubby advise jgn dlu coz aku dru pas bersalin n aku tgh usaha untuk BF baby..
n trgat2 lagi aku lak amik pil :) so hubby ckp tak boleh..
klu dulu masa study aku pernah pegi nak derma drh..
memang aku takut sgt sebb aku macm nak pening2 bila tgk drh..(itu dulu lah)
pastu dah check in check darah tak lepas coz darah aku cair..
aku tanya doc camne nak bg darah aku ok..
doc advise aku amik ayam, daging n seafood dlm semgu sebelum dtg derma darah..
memang masa tu aku pantang semua menda2 ni..(ada masalah kesihatan sikit)..
tp sekrg aku dh lgr pantang tu n lihat ler hasilnya..kui..kui..
smpai sekrang aku belum berpeluang nak derma lagi..
tapi aku pasti nak derma once..
jom kita ambil peluang bila dapat derma darah..

Thursday, June 11, 2009

Terasa macam...

aduh..sakitnya kepala n badan ni..
cuaca arini sangat..sangat..sangat la panas..
dri pg smpi la petang ni..
aqil pulak menangis jek dri tgh tadi..
ni bru nak ala2 reda..(tu pun sejak cuaca kurang sikit panasnya)..
mungkin dia panas..
dalam buai tak nak..
tido bawah tak nak..
aku dah pun basahkan badan dia..
pun tak nak..
kalau aku dukung dia diam la sikit..
habisnya tak kan nak dukung jek memanjang..
bila aku letak dia nangis..
mungkin disebabkan panas ni..
cuaca memang terik..
dah la semalam pun aqil tak tido nyenyak..
aku lagi la..
bru jek nak pejam aqil dah bangun..
letihnya....
bila difikir2kan balik..
ni mesti sebab kunjungan el nino yang bakal kita terima ogos ni..
betul la laporan dalam utuasan malaysia arini cakap..
cuaca panas terik dari pagi dan petang akan redup..
dan keadaan ini akan berpanjangan sampai ke Sept..
kalau macam ni la..terasa macam nak pindah pun ada..
pindah??..berbaloi ke??
nak pasang aircond??
aku ingat kalau pasang pun belum tentu dapat cover panas terik ni..
aku cuma kesiankan aqil la..
macam mana ek??

Wednesday, June 10, 2009

Malaysia bakal dilanda El-nino

ni lagi satu berita yg buatkan aku tersentap..
kalau El-nino pernah melanda 1991 dulu..
kini..

9 Jun - Malaysia bakal berdepan dengan fenomena El Nino mulai Ogos ini selepas Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca panas dan kering yang melanda sekarang akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga September nanti... [baca selanjutnya]

dan dalam Buletin utama TV3 malam ni ada menyebut antara negeri yg dikesan berada dititik panas ialah Perak dimana aku berada sekarang..

kalau kita selalu dengar dan ambil perhatian dengan perkembangan semasa mesti kita akan perasaan yang bencana datang tanpa henti2..

Sedikit info mengenai El-nino (Source from Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas):

~El Niño and La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.

Kebiasaannya, lautan Pasifik sentiasa ditiupi angin timur iaitu hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur - sebelah Peru dan Chile - menuju ke barat lautan Pasifik, mengarah pantai Australia dan kepulauan Filipina.

Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.

Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ia menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.

Berbeza dengan El Nino, La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur - lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat benua Amerika Selatan meningkat.

Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Khatulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina, monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia - berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun.

Jaya supermarket collapsed..(Section 14, PJ)

wah terkejut aku bila dgr news psl ni..
mula2 tak perasan..igtkan bgnn yg msih under construction kat tp highway dpn menara axis tu..
rupa2nya Jaya 14..
kenapa aku interested dgn news ni..
sebbnya dulu aku hari2 makan kat Digital mall sebelah Jaya supermarket ni..
n aku sempat arr g window shopping kat lam Jaya supermarket ni..
sampai la ditutup n bangun bangunan baru depan jalan tu iaitu Jaya 33 supermarket..
klu dlu aku n x-colleague siap leh bincng2 lagi camne la pihak berkenaan nak runtuhkan bgnn tu sedgkb sekeliling dia memang terlalu sesak dgn manusia n belakg n tepi bgnn ni kwasan perumahan yg sgt rapat..
tup2 dgr news pasal ni..
siap korbankan 7nyawa lak tu..
harap2 pihak berkenaan mengambil lebih langkah berjaga2 supy takda lg nyawa yg terkorban..
ni ade ckit picture aku amik dri http://www.photomalaysia.com [see more picture]

Jaya Supermarket~before tragedy

Jaya Supermarket~after tragedy

Aku di bulan MAY

MEI

* Keras hati & tegas.
~ betul
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.~ betul
* Pemikiran yang tajam.
~ betul
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
~ betul
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
~ betul
* Perasaan yang amat mendalam.
~ betul
* Cantik dari segi mental & fizikal.
~ betul (hehe alhmdllah cukup sifat)
* Tidak perlu dimotivasikan.
~ 50-50..aku budak bru belajar
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
~ betul, sbb selalu fikirkan ttg org ln dlu
* Mudah dipujuk.~ betul, klu kena dgn caranya
* Bersikap sistematik (otak kiri).
~ tak pasti
* Suka berangan.
~ betul, bgus ada angan2
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
~100% betul
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
~ betul
* Daya khayalan yang tinggi.~ betul
* Permikiran yang tajam.
~ betul, berapa kali tajam dah..
* Pandai berdebat.
~ melawan pandai arr
* Fizikal yang baik.
~ betul, alhamdllah cukup sifat
* Kelemahan sistem pernafasan.
~ takde asma pun
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
~ betul, suke..suke..
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
~ dah 10bulan duk umah..
* Tidak boleh duduk diam.
~ betul2
* Tidak punya ramai anak.
~ baru ada sorang
* Rajin dan bersemangat tinggi.
~ betul
* Agak boros
~ tidak betul

18/5/1983~Taurus

~18/05/1983~


You were born on Wednesday
On a lovely spring day
Your Chinese zodiac sign: Pig
Your zodiac sign : Taurus
Your element : Earth
Your planet: Venus
Your colour: Green
Your stone: Emerald
Your birth number
8

The meaning of my birth number


Serious projects will bring you success, also from a financial point of view. Administrative and political careers, business and investments are safeguarded by good fortune. Strong support and a fast hold on the imagination will let you attain the best

Pig - My Chinese horoscope

Good success in the professional field. In love, you'll obtain what you desire without having to demand. Slow down your life tempo, otherwise you'll risk bypassing certain essential things. A propitious day for an examination of conscience; try to give your life a sense, to define what you want exactly; all such reflections might lead to you to adopting a new orientation.


My follower~thanx yal~