Sesuatu buat pembacaan semua..
Marilah sama-sama mempertingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala larangannya, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang sentiasa bertakwa.
Pepatah melayu ada menyebutkan:"Orang berbudi kita berbahsa ,orang memberi kita merasa" cukup sinonim dan sering digunakan dalam masyarakat kita. Ia mempercayai maksud yang tersurat, malah menjadi pedoman kepada generasi masa kini dan akan datang, agar benar-benar memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jika ia tidak diamalkan, maka runtuhlah budaya, runtuhlah bangsa.
Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya orang muda menghormati orang tua, anak menghormati ibu bapa, murid menghormati guru. Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi oranga muda. Firman allah s.w.t:
"Dan mereka diberi petunjuk (di dunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji". (Al-Hajh ayat 24)
Dewasa ini terdapat di kalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai budaya bahasa. Ini disebabkan oleh tuntutan mengajar kebendaan, pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni. Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.
Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan dendam, kasar, tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk, tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan. Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat, terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam ke timur yang akhirnya mempengaruhi imej, watak dan penampilan diri seseorang. Islam mengajar manusia sentiasa berbudi bahasa dan berlemah-lembut seperti yang disebutkan di dalam firman allah s.w.t:
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah ruah) daripada allah (kepadamu wahai muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabatmu). Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripada engkau...."(Ali-Imran ayat 159)
Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi. Setiap tuturkata akan menggambarkan perilaku seseorang itu, jika baik tutur katanya, maka akhlak dan perilakunya juga baik, sebaliknya jika buruk tutur katanya maka buruklah akhlaknya seperti kata-kata syair:
"Tegak rumah kerana sendi,
Rosak sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
Rosak budi runtuhlah bangsa".
Islam dengan jelas mengingatkan tahap ketinggian iman dengan budi pekerti luhur. Di dalam beberapa hadis rasulullah s.a.w ada menyebutkan: bahawa mereka yang terbaik budi pekertinya adalah merupakan hamba yang paling dicintai Allah, mukminin yang paling sempurna imannya dan paling dekat dengan rasulullah s.a.w di hari akhirat kelak. Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"sesungguhnya orang-orang pilihan di kalangan kamu ialah yang paling indah budi pekertinya dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik terhadap isterinya". (Riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah s.a.w menganjur supaya seorang yang beriman selalu menguasai lisannya (lidahnya) dan membiasakan diam jika diam itu ada faedahnya. Hadis rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah berkata dengan perkataan yang baik, atau hendaklah ia diam". (RIwayat al-bahari)
"Bahasa melambangkan bangsa". Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik. Kita hendaklah membudayakan budi bahasa samada ditempat kerja, jalan raya, rumah dan masjid. Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir, melahirkan perasaan, pertuturan dan perlakuan. Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang menetap dan berkesan.
Jika suasana ini dapat diwujudkan, maka kemesraan akan wujud, saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.
Kesimpulannya, untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat pada setiap masa, maka marilah sekalian umat supaya dapat memainkan peranan masing-masing. Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjolkan sikap yang terbaik ketika mana ia berkomunikasi dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menyamai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.
Peranan media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan budi bahasa yang unggul dan membanggakan. Ini boleh direalisasikan dengan penyebaran drama-drama television yang berkualiti dari segi penggunaan bahasa yang baik, jalan cerita yang menampilkan kehebatan nila-nilai murni yang tinggi, di samping tidak menyiarkan iklan-iklan yang menjolok mata dan menggunakan bahasa yang tidak sopan. Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.
Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam komunikasi, ucapan, pertuturan, panggilan, pergaulan dan perlakuan samada dalam keluarga, masyarakat, mahu pun di tempat kerja.
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang bersikap takbur, lagi membanggakan diri".
Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera. Justeru kami pohon kehadratmu ya-Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Amin.
3 comments:
salam...bagus artikal ni. Moga dpt dijadikan renungan terutama generasi muda skrg.Krn kesibukan mengejar ilmu semata2 utk lulus exam..., nilai2 murni mkn terhakis..
betul tu..dengan penuh harapan la..sebab tersedar juga diri ini makin hilang dan surut nilai2 murni berbudi bahasa ni..n buat peringatan pembaca blog juga..
Assalamualaikum, hai walaupun awak x mengenali saya tapi saya ini ialah seorang pelajar sekolah menengah saya ada memasuki pertandingan pidato... denagn teks ini saya dpt menggunakan sebagai teks ucapan... terima kasih moga dibenarkan...
Post a Comment