Thursday, June 18, 2009

menstrual..period..haid..

Menstrual..period..haid..
suma sama ja..
keadaan ni semua wanita pun penah experience..dan experience ni berbeza2 mengikut sistem badan seseorang..
bagi pengalaman aku..kedatangan haid selalu diusuli dengan senggugut yg amat dasat..
sampai terguling2 n MC off course..
klu takde menstrual pill panadol pun akan aku telan demi menahan sakitnya senggugut aku..
kira2 11buln jg la aku merdeka tanpa period ni waktu mngndungkan aqil..
tp lepas jek pantang period ni dtg lagi..
tp tak la seteruk dulu..
n aku hrp ia tak berulang lg..
n yg paling biasa akan berlaku ialah gangguan emosi sebab berlaku perubahan hormon dan keluarnya darah dari badan..
time ni la nak beremosi2 ni..ade jek yg tak kena..
time ni org lain akan sush esp hubby la..
salah hormon ke salah diri melayan sgt perasaan nih..Crying 1

petua untuk mengelakkan sakit senggugut ini menjadi kronik ialah berpantang/mengelakkan beberapa perkara dalm jngka masa semggu sebelum period n sehingga la period berakhir:
- minuman sejuk/ais esp air berkarbonat
- makanan pedas
- sayur2 yg dikatakan 'angin' spt kobis

petua yg baik dilakukan bila nak dtg haid n sepanjang haid ialah:
- air panas/suam
- makan makanan panas cthnya banyakkan halia dalam masakan
- makan makanan berkhasiat serta banyakkan buah bagi membantu pembentukkan semula darah

sedikit info untuk yang ingin mengetahui secara detail tentang haid:

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.


Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.


Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan.


Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.


Oleh Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup


2 comments:

Puteri Satu said...

very good info...

MatAhaRiKu said...

haha..betul3x..kdg2 kita org pompuan pun tak fhm sgt psl period ni..lg bgus klu org laki baca n fhm..:d

My follower~thanx yal~