satu perkataan yang amat bererti buatku..
menjadi seorang ibu bukan sekadar melahirkan tetapi satu ibadat yang amat besar pahalanya..
kalau dulu ungkapan ini aku ucapkan buat ibuku sekarang ungkapan ini adalah status bagi diriku..
bukan aku mahu memuji tapi menjadi seorang ibu itu sangat besar pengorbanannya..
bagi membesarkan seorang anak yang dilahirkan dan tidak mengetahui apa pun..
ibu la yang memberi makan, menjaga dan membelai anak siang dan malam..
Ibu sekarang dan ibu dulu sangat berbeza keadaannya..
kalau dulu ibu2 mampu melahirkan anak sampai berapa orang pun..
tak pernah ada rungutan..
walau susah walau payah tetap mampu mendidik dan membesarkan anak..
zaman sekarang nak besarkan sorang anak pun dah macam susah sangat..
kalau la korang penah dengar ungkapan ni.."seorang ibu boleh membesarkan sepuluh anak tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga si ibu kemudiannya"..
kalau dengar cerita mak dulu membesarkan aku dan adik beradik lain dengan hasil padi lah..
kalau tak buat sawah pun masih ambil upah menanam la..upah meracun la..
semua tu untuk besarkan anak..
maklumla mak tak belajar tinggi jadi buat kerja kampung la nak besarkan kami..
hidup mak aku mula susah bila nenek dia meninggal..
sebabnya dulu dia tinggal dengan nenek(moyang aku)..
entah la nape mak tak tinggal dengan ibubapa dia padahal tuk n wan aku masih ada..
disebabkan dia tinggal dengan nenek jadi manja la..
dia cucu sorang yang tinggal dengan nenek pun..
jadi nak apa pun just bagitahu ja..
lepas nenek mak meninggal dia kena la hidup berdikari..
masa tu aku masih kecil lagi..
ayah pula pergi singapore kerja..
balik sekali2 ja..
jadi mak la yang besarkan kami..
sejak itu juga aku tengok mak aku sangat kuat orangnya..
dia tak pernah tunjuk yang dia susah untuk besarkan anak sorang2..
tapi sebagai anak aku masih dapat membaca isi hati seorang ibu..
macam2 kerja mak pernah buat..
masa mak pergi kerja aku ngan adik beradik macam biasa jalani hidup..
dalam kepayahan cari rezki mak sentiasa jalankan tanggungjawab dia..
sebelum mak pergi kerja mak akan sediakan makan..
pakaian sekolah semua mak yang sediakan..(masa di sekolah rendah la..dah besar nih tau la aku buat sendiri)..
tapi susah2 zaman aku..aku tak penah la sampai takda makan..
tapi kak aku cakap zaman kecil dia pernah makan nasi ngn air ngn garam..
sedey tau dengar dia cerita..
alhamdulillah zaman aku mak dah upgrade..
dia dah buat bisnes masa aku dah masuk sek menengah..
jadi mak selalu outstation kata orang..
jadi aku la yang uruskan rumah n adik aku..
sebab masa tu dua abang n kakak aku dah duk KL ngan ayah..
hmm..jangan confuse..
ayah aku dia perantau..serata negeri dia cari rezeki sampai la ke singapore..
last dia hijrah kat KL la..
tapi sekarang nak cerita pasal mak je :)..
nak cerita susah zaman dulu ni memang panjang..
boleh buat novel..
tapi aku taknak banyak sangat cerita nanti sedih..
tapi kalu nak diikutkan kesusahan itu la yang memberi semangat untuk aku berjaya sampai ke universiti..
lagi pula kalau nak cerita susah ni anak2 sekarang dah tak faham dah..
sebab diorang tak pernah susah macam mana susah orang dulu..
ish ape aku melalut ni..
sebenarnya nak cerita pasal pengorbanan mak aku besarkan aku..
tapi nak juga cerita pengalaman aku jadi ibu..
padahal baru jek lagi aku jd ibu ni..:)
jadi setakat tu jek la cerita aku..
aku nak ucapkan....buat mak aku n buat semua ibu2 di dunia ini..(termasuk aku:))..
satu ungkapan buat anak2..
sesungguhnya kasih ibu itu sehingga ke syurga..
jadi jangan menyakiti hati ibu..
seandainya mampu balas la jasa ibu membesarkan kita..
memang ibu tak pernah minta balasan tapi bagi menghargai pengorbanannya..
bukan sampai kena beli banglo, kereta besar n bagi kemewahan..
tapi cukup la sekadar mengingati dengan sentiasa menziarahi..
kalau jauh tel kan ada..
pasti si ibu gembira..
sebb dia la yang membesarkan kita dari kecil..
syukur sangat sebab mak aku dah senang sekarang ni..
lagi pun anak2 dah besar..sekarang dia duk main ngn cucu jek la..
tengok ar mak kita besarkan kita dari kecil macam ni..
aku betul2 bangga dengan mak aku..
aku sayang sangat ngan mak aku..
kalau dulu aku tinggal dengan dia..
jadi mak la tempat aku bermanja n beradu domba orang kata..
nih ade sepatah dua kata cinta buat mak aku..
aku betul2 bangga dengan mak aku..
aku sayang sangat ngan mak aku..
kalau dulu aku tinggal dengan dia..
jadi mak la tempat aku bermanja n beradu domba orang kata..
nih ade sepatah dua kata cinta buat mak aku..
Mak..
Terima kasih di atas kasih dan sayang mak..
Menjaga dan membelai anak mak sehingga dewasa..
Mak yang sentiasa memberi semangat..
Yang sentiasa bersama ketika susah dan senang..
Tidak pernah menoleh kebelakang ke arah kegagalan anak mak..
Yang sentiasa positif dalam mengharungi kehidupan ini..
Mak..
Kasih sayang mak tiada tandingan..
Andai mampu akan ku berikan apa jua yang di minta..
Namun diri ini hanya insan kecil yang masih bertatih mencari sinar hidup..
Hanya doa yang dapat ku panjatkan supaya hidupnya bahagia..
Ya Allah..
Ku mohon Kau bahagiakanlah ibu yang melahirkan ku..
Sesungguhnya aku mengetahui bagaimana susah payahnya seorang ibu beribadat melahirkan seorang anak..
Ya Allah..
Kau ampunkanlah segala dosa ibuku..
No comments:
Post a Comment