Thursday, August 13, 2009

Macamana nak kurangkan keguguran rambut?

Korang pernah tak alami rambut gugur?..

Dulu kalau sebelum mengandung memang rambut ku banyak gugur..

Kalau kat rumah menyapu penuh dengan sampah rambut..

Tp seigt2 kejadian ini berkurangan sejak mengandung tp sekarang dah mula balik dah gejala ni..

Bukan pe ku rasa cam teruk sebab dalam rumah bersepah rambut sana sini..

Kalau disisip pakai tangan ada la secekak rambutku gugur..

Memang la rambut gugur tu normal tp ku rs cam teruk sgt..

Dah macam2 syampu dh gune..ku ambil sume yg anti hair fall..

Tapi tetap gak gugur..korang ade tak idea or petua nak kurangkan rambut gugur ni..?


ade ku surf pasal ni byk yg ckp pakai minyak kelapa dara memang berkesan..

ade juga yg bg petua guna santan kelapa..


ku belum mencuba tapi ade tak kawan2 yg ade idea lain or petua atas ni betul2 berkesan..


Info mengenai rambut:

"

Pertumbuhan rambut yang normal?

Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa.

  • Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 - 6 tahun
  • Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
  • Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 - 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya

Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun.

Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari?

Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat.

Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari.

Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?

Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku:

  • Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti:
    • Sakit yang serius
    • Pembedahan besar
    • Selepas bersalin

Ia berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.

rambut gugur

Rambut gugur


  • Masalah hormon
    • Penyakit kelenjar tiroid

  • Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
  • Kesan sampingan ubatan seperti
    • Ubat Antikogulasi (warfarin)
    • Ubat merawat kanser (kemoterapi)
    • Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral)
    • Ubat anti-kemurungan

  • Alopecia Androgenik
    • Botak mengikut corak lelaki adalah:
      • Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan
      • Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan
      • Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala

    • Botak mengikut corak wanita:
      • Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/keturunan
      • Rambut menjadi semakin nipis di seluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala

  • Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah:
    • Jangkitan - jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
      • Keguguran rambut berlaku tidak sekata

    • Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri
      • Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak
      • Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis)
      • Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis)

    • Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka
      • Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki
      • Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan

Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?

Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

  • Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula
  • Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu dilakukan untuk rawatan
  • Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat
  • Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi
    • Contohnya, minoxidil dalam bentuk topikal 2% dan 5% dapat memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita
    • Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki

  • Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania

"

haha..rupa-rupanya serius juga rambut gugur ni...tapi ku rasa ku tak de la mende2 diatas ni..cuma mungkin effect ubat je kot..


ape2 la..so camne kawan2 ade idea?tolong la selamatkan rambut2 ku dri berguguran..haha(ku dh tak thn tgk rambut bersepah kat rumah)


4 comments:

Unknown said...

Jun,
kakyong la ni pun keguguran rambut juga...
kalo sapu sampah, usah cerita lah bersepah rambut ibunya jer..
kdg2 kena ambil tuala kecik basahkan & lap lantai ala2 cinderela gitu.. sbb kat mop pun dah penuh rambut... hahahaaa...

kakyong guna baby oil jer.. kdg2 keguguran tu byk.. tp ade masa sikit... so kakyong anggap biasa jer.. masa pregnant, rambut tak gugur langsung... masa aliya dah 9 bulan baru mula gugur.. sampai la skrg.. tp dr dulu2 pun (sebelm kahwin) memang rambut selalu gugur.. tp masih ok jer.. xdelah rasa cam nak botak ker... ahakksss...

NzA said...

salam....lama xjengah...biasa kalu org pregnent mmg rambut gugur cz prubahan hormon. akak pn gitu gak dulu. pastu dh ok.

ummuabdullahsyaakir said...

Jun,mmg hormon tiap2 perempaun lain2..dan ni pn disebabkan keturunan n makanan

Salah satu syampu yg kita pkai tu pn blh rambut jadi gugur.

Paling baik jgn selalu kerap bsyampu/tukar2 sympu n kdg2 saya guna myk zaitun(pure oil)

Nur said...

Boleh try santan, lumur atas kepala, biar seberapa lama, 1-2 jam, bilas dan syampu. Kena rajin amalkan. Nanti kurang la gugur tu.
Rambut kak Yati pun gugur jugak. Most probably sebab penyakit tiroid akak. Tu pasal tak boleh simpan rambut panjang. Kalau potong pendek, kurang skit gugurnya. :)

My follower~thanx yal~